Pembaikan Power Supply & Circuit Board

Pakar Baiki Power Supply & Circuit Board Anda di Klang Valley

Power Supply & Circuit Board adalah komponen penting yang memastikan operasi mesin anda berjalan lancar. Bila rosak, risiko downtime meningkat, menyebabkan operasi tergendala dan kos melambung tinggi. Di Klang Valley Electronic Fix, kami pakar dalam pembaikan Power Supply & Circuit Board industri yang pantas, tepat dan menjimatkan.

Kami bukan sekadar tukar baru, tetapi kami repair dari akar umbi, pada tahap komponen—lebih murah, lebih cepat, lebih berbaloi!

Jenis Power Supply & Circuit Board Kami Baiki

Kami mahir membaiki pelbagai jenis Power Supply industri dan Circuit Board seperti:

  • Power Supply SMPS (Switch Mode Power Supply)
  • Power Supply Linear Industri
  • PSU Mesin CNC & Automasi
  • Power Supply PLC & Control Panel
  • Litar Kawalan Elektronik
  • Modul Kuasa Khas & Custom-made PSU

Masalah Biasa Yang Kami Selesaikan

Kami boleh repair hampir semua jenis kerosakan Power Supply & Circuit Board:

  • PSU tidak hidup langsung atau tiada voltan keluar
  • Voltan output turun naik atau tidak stabil
  • Bunyi berdesing (humming) pada PSU
  • Bau hangit atau asap dari Power Supply
  • Komponen seperti kapasitor, transistor atau diod terbakar
  • Litar kawalan terputus atau short circuit
  • Kerosakan akibat lebihan arus atau kilat

Di Klang Valley Electronic Fix, kami repair dengan teliti dan sistematik:

  • Diagnosis Lengkap

    Kami semak PSU anda secara menyeluruh menggunakan peralatan diagnostik industri untuk mengenal pasti punca masalah dengan tepat.

  • Repair Tahap Komponen

    Kami baiki PSU dan Circuit Board pada tahap komponen, termasuk penukaran kapasitor, IC, transistor, resistor, diod, MOSFET dan banyak lagi.

  • Penukaran Komponen Original & Berkualiti Tinggi

    Kami guna komponen berkualiti tinggi supaya PSU kembali berfungsi seperti baru, tahan lama, dan selamat digunakan.

  • Kalibrasi & Ujian Beban

    Setelah repair, setiap unit akan diuji dengan teliti menggunakan beban sebenar untuk memastikan prestasi Power Supply stabil dan boleh dipercayai.

Bagaimana Kami Repair Power Supply & Circuit Board?

Kenapa Pilih Kami Untuk Pembaikan Power Supply & Circuit Board?

Berpengalaman Tinggi

Juruteknik kami mempunyai lebih 10 tahun pengalaman repair Power Supply industri.

Jimat Kos

Kami baiki komponen rosak, elak beli PSU baru yang mahal.

Repair Pantas

Servis express dan cepat untuk memastikan downtime minimum.

Kualiti Terjamin

Ujian penuh setiap repair sebelum dipulangkan kepada pelanggan.

Pickup & Delivery

Servis ambil dan hantar PSU anda, mudah dan cepat.

Proses Repair Kami – Cepat, Mudah & Jelas

  1. Hubungi Kami – Beritahu kami masalah anda.
  2. Pemeriksaan Awal – Kami diagnose PSU anda secara percuma.
  3. Sebut Harga Jelas – Harga repair jelas tanpa kos tersembunyi.
  4. Repair Tahap Komponen – Fokus baiki kerosakan sahaja.
  5. Ujian Beban & Kalibrasi – Setiap repair diuji dengan simulasi penuh.
  6. Penghantaran Semula – PSU siap diperbaiki, kami hantar terus ke lokasi anda.

Siapa Pelanggan Kami?

Kami berpengalaman menyokong pelbagai industri yang menggunakan Power Supply dan Circuit Board, termasuklah:

  • Kilang Pengeluaran & Automasi
  • Industri Percetakan & Pembungkusan
  • Kilang Makanan & Minuman
  • Bengkel CNC & Kejuruteraan
  • Sistem HVAC Industri
  • Loji Rawatan Air & Utiliti
  • Industri Telekomunikasi
  • Tenaga Hijau & Solar

Kes Baik Pulih PSU & Circuit Board Kami

Kilang percetakan di Shah Alam: SMPS mesin cetak terbakar – kami baiki dalam masa 24 jam dengan kos yang jauh lebih rendah daripada tukar baru.

Kilang makanan di Klang: PSU sistem automasi mengalami voltan turun naik – dibaiki dengan penukaran kapasitor berkualiti tinggi, masalah selesai terus.

Kilang elektronik di Subang: PCB dalam Power Supply mesin automatik rosak teruk – berjaya dibaiki dan diuji sepenuhnya, kembali berfungsi seperti asal.

📞 Nak Servis? Call or WhatsApp Je

Lokasi :

No. 8, Jalan BPU 4, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor DE 

Email :

 hello@klangvalleyelectrofix.com

Phone :

+6 019 884 0057 

 

Whatsapp:

Lokasi Liputan Kami

Scroll to Top